Kereta Malaysia mahal! Biar betul?

https://i0.wp.com/o.aolcdn.com/dims-shared/dims3/GLOB/legacy_thumbnail/800x450/format/jpg/quality/85/http://www.blogcdn.com/www.autoblog.com/media/2013/06/vin-diesel-ff6-singapore.png
Kita mungkin tak lupa muka Vin Diesel apabila diberitahu mengenai harga kereta di Malaysia dan Singapura beberapa tahun yang lalu.

Malaysia, kita selalu suka untuk berfikir bahawa kita adalah mangsa kebanyakan perkara-perkara yang tidak baik, dan tidak pernah meletakkan pencerahan pada bagaimana kita sendiri yang menempahnya. Sama seperti jiran kita di seberang Selat Tebrau, kita memang kuat komplen!

Salah satu perkara yang paling ramai mengadu adalah harga kereta. Kita sentiasa mengatakan kita adalah orang yang paling banyak membayar untuk harga kereta di rantau ini, manakala jiran kita di Singapura pula mendakwa mereka adalah orang yang membayar paling banyak untuk sebuah kereta!

Tetapi, bilangan kereta mewah di jalanan di kedua-dua negara-negara ini tetap bertambah dari hari ke hari. Ini tidak masuk akal!

Jadi, persoalannya ialah, adakah kereta kita benar-benar paling mahal di rantau ini? Saya fikir ia adalah sebuah mitos, disampaikan generasi ke generasi tanpa mengkaji akan kebenarannya.

Mari kita lihat pada harga kereta termurah di negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina.

Saga FLX SV, dijual bermula MYR33,500.

Pertama, Proton mendakwa mereka berjaya menghasilkan sedan yang paling murah di rantau ASEAN ini melalui ‘kejuruteraan-nilai’ (value-engineering) iaitu Saga FLX SV (bermaksud Super Value, bukan seperti pada Lamborghini, Super Veloce) dijual pada MYR 33,500. Bagaimana pula Thailand, Indonesia dan Filipina? Demi konsistensi, mari kita lihat apa sedan yang paling murah mereka boleh dapati di negara masing-masing. Satu lawatan pantas pada laman-laman web jenama yang paling popular mereka boleh memudahkan kajian kita.

Kita tidak perlu bincangkan tentang Singapura, atas sebab-sebab yang jelas (secara purata, kereta mereka adalah 3 kali ganda harga kereta kita).

Khap Khun Krap!

Di Thailand, tawaran yang paling murah ialah Honda Brio Amaze, dengan harga bermula THB517,000 (MYR 59,500), bentuk hatchback bermula THB495,000 (MYR57,500). Sekarang, ini bukan sedan yang anda mahu di Malaysia, terutamanya dalam bentuk pra-facelift. Dengan enjin 1.2 liter yang menghasilkan hanya beberapa kuasa kuda. Walaubagaimanapun, saya kira Honda Malaysia fikir ia adalah satu cadangan yang tidak baik untuk bawa model ini ke dalam negara kita atas sebab yang akan saya terangkan kemudian.

Bagaimana pula Toyota? Nah, sekarang mereka hanya boleh dapati Vios dalam spesifikasi J sebagai varian yang paling mampu milik pada THB599,000 (MYR68,984), yang hanya datang dengan transmisi manual. Sama seperti Saga FLX SV, tidak banyak perkakas yang boleh didapati daripadanya. Bandingkan nilai ini dengan Proton Prevé 1.6 Manual kita yang dijual pada MYR59, 710, satu segmen saiz yg lebih besar, dan MYR10,000 lebih murah dan dilengkapi pakej keselamatan lengkap dengan 6 beg udara dan ESC. Vios versi hatchback,  Yaris, bermula pada harga THB585,000 (MYR67,371).

Ganteng mobilnya, mas?

Di Indonesia, Toyota menetapkan harga mampu milik Vios pada IDR291,900,000 (MYR82,776) bagi gred E. Manakala hatchback paling murah mereka, abang kepada Perodua Axia SE, Agya bermula pada  IDR114.030.000 (MYR44,000)!

Sementara itu, Honda menawarkan City E Gred Manual bermula dari IDR370,700,000 (MYR93,675). Brio hanya ditawarkan dalam bentuk hatchback dengan sub-brand ‘Satya’, tanpa tingkap berkuasa dan tanpa sunvisor, walaupun begitu, harganya bermula pada IDR129,600,000 (MYR39,500)! Anda boleh dapatkan Perodua Axia dengan tingkap kuasa, sunvisor dan transmisi automatik lebih murah dari ini!

Ah … Erm … tak reti bahasa Pinoy

Di kepulauan Filipina, Honda menawarkan mereka Brio Amaze, bermula pada harga yang lebih rendah iaitu PHP620,000 (MYR55,300) berbanding di Thailand. walaubagaimanapun, sedan ini didatangkan dengan enjin 1.3L, kapasiti enjin lebih besar dan tambahan 10 kuda berbanding saudara mereka di Thailand. Hatchback untuk model ini bermula pada PHP609,000 (MYR53,500). Kini, sekali lagi, ini bukan Honda anda mahu, atau model yang Honda Malaysia mahu jual di Malaysia, jika mereka mahu mengekalkan imej premium mereka yang dilihat oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Bagaimana pula Toyota? Vios mereka bermula pada PHP592000 (MYR52,000). Sebelum anda membuat apa-apa kesimpulan bahawa ia adalah lebih murah daripada yang ditawarkan di Thailand, model ini tidak sama spesifikasi dengan yang mereka dapati di sana. Lihatlah sahaja anjakan enjinnya; 1.3 liter, menghasilkan hanya 85 kuasa kuda (Saga FLX 1.3 hasilkan 94 kuasa kuda), lebih lemah sedikit 1.2 liter Brio Amaze di Thailand yang menghasilkan lebih 5 lagi kuasa kuda berbandingya! Bolehkah anda bayangkan bagaimana prestasinya di lebuh raya Malaysia, dan lebih-lebih lagi semasa mendaki Genting dan Cameron Highland? Mungkin banyak juga yang boleh dipotong oleh lori bila mendaki jalan raya pergunungan Kinabalu, haha!

Jika anda mahukan varian yang lebih berkuasa degan enjin 1.5 liter seperti yang mereka tawarkan di Thailand dan Malaysia, anda perlu membeli sebuah dengan harga bermula PHP845,000 (MYR74,300) dalam Gred G Manual . Tetapi, kita lihat spesifikasi keselamatannya, berbaloikah?

Jadi, lihatlah, rakyat Malaysia. Adakah anda masih beranggapan kereta kita mahal? Kita sudah boleh mendapatkan kenderaan  dengan ciri keselamatan penuh (dengan ESC dan 6 beg udara) hanya dengan MYR59,500!

Ini hanya perbandingan harga semata-mata. Beberapa faktor lain yang tidak dibincangkan lagi; deposit yang lebih tinggi sekurang-kurangnya sehingga 50%, tempoh sewa beli lebih pendek (5 tahun), cukai jalan raya dan lain-lain, kos servis dan harga bahan api yang lebih tinggi.

Di Malaysia, bukankah kita masih bernasib baik?

Advertisements

One thought on “Kereta Malaysia mahal! Biar betul?

  1. Kan… tp ramai yg masih pk kerajaan zalim sgt kenakan harga kereta mahal. jgn lupa pemilikan kereta malaysia ni 98% tau, negara ke-3 tertinggi di dunia

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s