5 Perkara untuk mengembalikan prestasi optimum kenderaan anda

Anda mempunyai kereta lama dan ingin memanjangkan jangka hayatnya? Tetapi prestasi kenderaan anda semakin berkurangan?

Anda dijemput menyaksikan segmen video dari rancangan permotoran UK, Fifth Gear ini:

Sepertimana VW Corrado tahun 1995 ini, kereta anda juga boleh dikembalikan kuasa kudanya selepas dilakukan perkara-perkara berikut:

1. SERVIS SALURAN PEMBEKALAN BAHANAPI (RM 30 – RM150)

Pelbagai jenis penuras bahanapi. Disarankan penukaran setiap 60-80k km.

Saluran pembekalan bahanapi ke enjin yang tersumbat akan memberi kesan terhadap kuasa enjin anda. Sekatan pada pengaliran akan menyekat kelancaran dan menghasilkan kurang kuasa. penyingkiran sedimen pada saluran pembekalan tersebut akan melancarkan pengaliran bahanapi dan enjin akan berfungsi pada prestasi optimum.

Jika perlu, tukarlah penuras bahanapi anda. Sesetengah kenderaan menggunakan dua penuras; Penuras Elemen Kertas dan Penuras Element Arang (Charcoal). Disarankan penukaran setiap 60-80k km.

2. TUKAR MINYAK PELINCIR ENJIN DAN PENURAS MINYAK PELINCIR (RM80 – RM 300)

Contoh botol minyak pelincir dan penuras minyak

Minyak enjin yang lama boleh menyebabkan geseran berlebihan dan penukaran minyak hitam kepada yang baru akan mengatasi masalah ini. Penuras minyak yang lama mengandungi serpihan halus bahan-bahan binaan enjin yang tergeser beserta mendapan karbon seterusnya akan mendatangkan halangan kepada saluran minyak ke seluruh enjin dan ini akan memakan sedikit kuasa enjin sebagai beban parasitik (parasitic load).

Sesetengah penuras pelincir minyak mempunyai by-pass valve (injap pintasan) jika penuras sudah terlalu tersumbat, minyak yang dipam ke penuras tersebut akan terus melalui sistem pelinciran enjin dan akan menyebabkannya tersumbat dan merosakkan enjin anda.

Disarankan penukaran setiap 5k km. Penukaran setiap 10k km adalah bergantung pada jaminan pengeluar dan perhatikan klausa ‘Penggunaan Lasak’ dalam manual kenderaan anda.

3. TUKAR PALAM PENCUCUH @ SPARK PLUG (RM 30 – RM 400)

Palam pencucuh yang telah digunakan

Palam pencucuh yang lama akan menghasilkan pembakaran yang kurang sempurna, malah menjadikan kecekapan bahanapi menjadi kurang. Tukarlah palam pencucuh setiap 20k km untuk palam biasa dan setiap 60k km untuk palam istimewa seperti iridium.

4. GANTI MINYAK PELINCIR KOTAK GEAR DAN PENURAS MINYAK GEAR (RM 90 – RM 600)

Contoh penuras minyak pelincir kotak gear (Model Mini)

Sama seperti minyak pelincir enjin, minyak pelincir kotak gear juga perlu ditukar secara berkala. Selalunya dalam lingkungan 40k km sekali. Ini akan menyingkirkan hasil geseran halus bahan binaannya yang terhasil semasa operasi. Bagi kotak gear Continous Variable Transmission (Transmisi Pelarasan Berterusan), ianya akan memanjangkan hayat pencengkam (clutch) atau torque convertor kotak gear tersebut).

5. BERSIHKAN SALURAN PEMBEKALAN UDARA KE ENJIN (RM 40 – RM 200)

Pelbagai bentuk penuras udara

Enjin perlukan udara untuk pembakaran bahanapi. Sekatan pada laluan ini akan menyebabkan penurunan kadar pengambilan udara untuk silinder enjin anda. bersihkan secara berkala saluran ini kerana sekatan-sekatan berbentuk habuk dan wap minyak pelincir dari sistem Positive Crankcase Ventilation (Pengudaraan Perumah Engkol).

Untuk kenderaan dilengkapi Intercooled Turbo, anda juga perlu membersihkan dalaman Intercooler anda kerana mungkin menakung minyak dari PCV. Penggunaan Oil Catch Tank (Tangki Penyekat Minyak) boleh mengelakkan penakungan tersebut.

Sekian tips pengembalian kuasa kuda untuk enjin lama anda. Kami akan kongsikan beberapa penerangan tentang teknologi-teknologi enjin yang ditaip dalam tulisan Italic dalam artikel ini.

13495436_10208248072991274_3842251394951859868_o
Ringkasan 5 cara mengembalikan kuasa kenderaan anda
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s