Saga dan Bezza

[Post asal kat FB beberapa hari lepas]

Kereta sedan kompak terhangat di pasaran sekarang. Menarik minat pembeli kereta pertama dan pembeli di kalangan golongan pencen dan bersara. Mudah dan murah.

 

Ni komen abang.
Luaran.
Kedua-dua kereta ada kekuatan dan kekurangan masing2. Gambar2 yang abang pilih tu pun the best quarter view untuk kedua2 kereta. Saga dari belakang, Bezza dari depan. Ko nak komplen banyak2 pon, ko beli kereta harga lebih kurang RM50k je pun, mesti la ada trade-offs dia.

Bezza dr belakang mmg macam mamat muka je hensem tapi kat gym skip leg-day. Saga, kalau depan mata macam budak 12 tahun make-up cukur kening, tak padan dengan kecik, bersolek macam orang tua. Orang sarawak kata tua-ija. Details nampak lawa la, tapi, overall, memang ada yg tak kena sikit pada dua2 design ni.
Dalaman.
Kemas. Dua2 pon kemas. Paling kemas model paling mahal la. Bezza stereng takbleh laras, Saga boleh. Saga radio rendah sgt, Bezza punya elok je aras mata. Ruang dalaman cukup la. Seat depan sedap, especially Saga. Seat belakang Bezza tegak, duduk lama2 boleh buat korang pergi chiropractors betulkan tulang belakang.

But (boot tau, boot… Bukan bonet belakang. Bonet tu tempat enjin. Aku marah betul orang salah guna definisi ni). Dua2 besar n cukup untuk family kecik. 500 liter untuk Bezza tu besar sgt aku rasa, most of the time nak isi ape? Buat car boot sale ok ni… (Hah… Boot, tau tak? Boot!! Bukan bonet).

 

Selamat.
Dua2 ada ciri keselamatan tinggi. Bezza lebih sikit, dia dapat 5 bintang. Bukan Nora bagi, Asean NCAP bagi. Nora tu siapa? Dia tau apa pasal NCAP nak bagi bintang? Paling baik, yang ada ESC. Boleh elak keadaan yang tak dijangka. Invest la lebih sikit pasal keselamatan ni. Orang Malaysia jenis bawak macam hantu raya, tak kira masa raya cina, india ka, melayu ka. Jalan pulak lubang2 macam muka remaja.

Dua2 boleh masuk car seat ada ISOFIX. Ada anak tu, invest benda2 ni dulu la. Beli stroller mahal, designer handbags dan bodykit bagai buat apa?
Jimat.
Jimat minyak. Masing2 ada kadar penjimatan sendiri. Roadtax insurans pun jimat. Ko nak expect ko bawak laju tapi pakai minyak macam moto EX5 kau, baik ko pergi buat kereta sendiri, aku malas nak layan komplen merepek kau dah.

Kos selenggara, selagi ko menten elok, ikut masa n baca manual, elok la dia jalan. Ada masalah, claim saja waranti. Ko jangan komplen servis mahal tapi macam2 dah ko modified kasi nampak langsi, ekzos berdentum2 mintak maki jiran. Mintak lauk selipar namanya.
Konklusi.
Selagi ko tak banyak soal, selagi ko boleh tahan nafsu belanja ko, ko boleh je survive n bergaya dengan kereta camni. Ko nak juga Honda Civic dgn gaji bawah 3k ko tu abang tak larang. Susah ko tanggung sendiri lah.

Sesuai sangat untuk yang baru belajar pakai kereta. Knowledge tahap tadika lagi bab kereta. Nak renew insurans pon ko tak reti lagi kan? Jimat. Duit lebih boleh buat bayar takaful dan invest dalam benda lain.

“Alah membeli menang memakai? Biar papa asal bergaya?” Hah… Lantak. Bagi le alasan apa pun. Lepas tu tak cukup duit ko salah ke kerajaan dan rakan taulan. Good job, Syabas inspector syahab…

Sekian review dari abang. Maaf bebel sikit. Dah lama tak review pasal kereta.

Asyraf Kangoo's photo.
Perodua Bezza
Asyraf Kangoo's photo.
Proton Saga 2016
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s