Enjin kereta nak jadi besar balik. Nak tahu sebab apa?

Enjin kenderaan bermotor yang menggunakan petrol dan diesel terpaksa ditinggikan lagi nilai sesaran (cc, liter). Laporan Reuters boleh dibaca di sini, tapi bahasa London dan Amarika.

Sedekad dulu, semua pengeluar nak kecikkan enjin dan tambah pengecas turbo (turbocharger) ke enjin baru masing2. Kelebihan dia, enjin jadi jimat masa meluncur (cruising) dan tenaga lebihan dari turbo akan hanya digunakan masa nak memecut atau bergerak dari pegun. Masa meluncur, sikit je kuasa kuda diperlukan dan enjin besar akan membakar minyak pada kadar lebih tinggi. Maka, lebih kecil lebih baiklah kecekapan enjin dan lagi lah jimat minyak.

Ford, GM, Toyota dan Honda masing2 keluarkan enjin turbo kecik masing. Contoh Ford Fiesta ecoboost 1.0 yang power macam engine 1.6. Honda baru2 ni pun guna turbo untuk enjin VTEC Turbi 1.5l dalam Civic terbaru mereka. Proton terlebih dulu keluarkan enjin turbo 1.6l CFE dia masa lancarkan Exora Bold 2011 dulu.

enjin-campro-cfe-23875889.jpg
Enjin Campro CFE dari Proton. 138 bhp dan 205Nm. Kuasa kuda dan kilas macam enjin 1.8 dan 2.0 biasa.
download.jpg
Honda VTEC turbo 1.5. Kecik juga tapi boleh gerakkan kereta Civic. Gambar cedok website Honda. 

Masalahnya, enjin turbo ni bila turbo dia berfungsi atau menukar tenaga dari tenaga buangan ekzos ke pemampatan udara tu menghasilkan haba tinggi melebihi 700 darjah celcius. Tahap haba ni menghasilkan pelepasan bahan kimia berbahaya iaitu Nitrogen Oxides atau NOx, lebih2 lagi pada enjin diesel.

Apa bahaya NOx dalam udara ni? Kanser dan macam2 lagi lah.

Pada penggunaan biasa, enjin ni tak lah hasilkan banyak sangat NOx, tapi, bila dah semakin kecil dan turbo semakin besar, maka, kebanyakan masa turbo akan berfungsi dan menghasilkan NOx ni. Sebab tu, penggunaan dunia sebenar atau ‘real world application’ mendapati, pelepasan gas2 beracun ni lagi tinggi dari ujian makmal.

Tambahan pula, penghasilan haba yang tinggi ni menyebabkan keseluruhan ketahanan enjin diragui; bermula dengan ketahanan minyak enjin, ketahanan sistem turbo dan keseluruhan bahagian enjin sendiri.

Pengeluar terpaksa bertindakbalas terhadap ujian pelepasan gas ini dengan segera. Tekanan terhadap mereka akan dikhuatiri membawa kita ke lagi satu episod ‘Dieselgate’ VW kalau diteruskan dengan strategi downsizing. Maka, meningkatkan kapasiti enjin dan menjelajah teknologi baru dalam enjin pembakaran bahan api adalah perlu.

Kesimpulannya, enjin di masa depan akan jadi lebih besar kapasiti dari yang sekarang. Bak kata Tegar, ‘enjin yang dulu bukan lah yang sekarang’.

Teknologi pembesaran saiz atau ‘up-sizing’ akan dilengkapi dengan teknologi2 canggih yang sekarang hanya ada pada model2 mahal seperti suntikan terus ke kebuk pembakaran (direct injection) dan juga bantuan hybrid (hybrid assistance). Mungkin enjin tak perlu ditingkatkan kapasitinya pun, dah berupaya meningkatkan kecekapan dan tenaga. Mazda dengan teknologi Langit Aktif (Skyactiv lah… Saja je melawak) membuktikan kawalan pembaziran tenaga elektrik semasa pemanduan dapat meningkatkan kecekapan enjin tanpa perlu pada turbo.

Skyactiv-Technology1-1800x450.jpg
Kenapa namakan Skyactiv? Entah, kau tanya la Mazda, semua abang nak bagitahu ke?

Apapun, abang tak sabar nak tunggu apa pengeluar2 ni nak buat nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s